Sabtu, 26 Disember 2020

Candida Albican punca kepada pelbagai jenis masalah penyakit dan apa itu Candida diet?

 

Ada macam2 jenis diet. Ada atkins, keto, intermittent fasting, eat clean dan lain2 tapi yang membuat tia suka pasal candida diet ni, disamping menurunkan berat badan, diet ni menyihatkan malah menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh candida ni.



Kesihatan yang baik bermula dari kesihatan usus yang baik. Semua penyakit bermula dari usus. Usus adalah rumah kepada 70% sistem imun dan sel2 usus bekerja memecah makanan dimana ia dapat menyerap nutrien dan membuang toxin yang tak sepatutnya diserap.

Pertumbuhan yis/fungus candida (yeast overgrowth) berlebihan akan berlaku apabila bakteria jahat mendominasi bakteria baik. Yis candida ini memang normal dan ada terdapat pada mulut, usus, alat sulit tetapi apabila tumbuh berlebihan akan menyebabkan yis ini dan toxin yang sepatutnya dikumuhkan menembusi dinding usus seterusnya ke sistem aliran darah kita. Ini dipanggil 'leaky gut'/kebocoran dinding usus dan inilah punca kepada pelbagai masalah kesihatan.

'Leaky gut' & petumbuhan yis berlebihan ini disebabkan oleh 

  • pengambilan ubat antibiotik (yang membunuh semua jenis bakteria baik dan jahat) 
  • Ubat perancang kehamilan(dalam kajian mengatakan ia menyebabkan pertumbuhan yis candida dua kali ganda) 😥
  • Stress dan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat tinggi yang berlebihan dan gluten(terdapat dalam tepung gandum).
'yeast overgrowth' boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti
  • Masalah kulit seperti Eczema, psoriasis, acne.
  • Pening kepala dan migraine
  • Masalah penghadaman
  • Masalah keputihan dan gatal pada alat sulit
  • Ear infection 
  • Letih yang melampau
  • Hormon tak stabil
  • Anxiety dan depression 
  • Autoimmune disease 
  • Diabetes 
  • Add & adhd
  • Alergi pemakanan
  • Joint pain & arthritis
  • Thyroid condition
Haa.. Banyak kan..

Macam mana nak bunuh yis candida ni?
  • Sugar detox: Pantang segala jenis makanan dan minuman bergula termasuk buah buahan yang manis dan makanan berkanji dan ada gluten. Mula2 memang agak susah. X pyh mengejut stop makan gula nnti yis candida membuat uols craving more nak gula dan makanan berkanji/tinggi karbohidrat. Start slowly but surely. 
  • Minum apple cider vinegar : campurkan acv sedikit ke dalam air suam bersama lemon/limau. Minum pagi2 sebelum breakfast. Banyak kebaikan minum air ni tau, dapat mengempiskan perut dan halang selera makan. Will update more pasal acv ni.. 
  • Ambil suplemen probiotik. Tiah ambil super preprobiotic ni sebab dia ada 'strain' yang dapat membantu menyembuhkan masalah kesihatan tiah. Setiap 'strain' lain2 fungsi tau.

  • Disamping pengambilan suplemen, digalakan mengambil makanan ada probiotik seperti yogurt, sauerkraut dan kimchi
  • Amal minum 1 sudu besar minyak kelapa dara (virgin coconut oil/vco) setiap hari. Banyak benefit vco ni.. Insyaallah will share more.
  • Makanan kaya dengan collagen seperti 'bone broth' /sup tulang ayam/lembu yang dimasak 4-8 jam guna slow cooker atau pressure cooker. Bone broth ni membantu untuk 'repair' balik dinding usus yang ditembusi oleh yis candida tadi.

Candida diet ni strict n uols rasa semua benda x leh nak makan.. Tapi uols jangan risau candida diet ni bukan permanent tau, bila uols dah rasa simptom uols dah berkurang korang boleh ambil balik makanan yang korang suka tapi berpada2 dan jangan ambil antibiotik kecuali doktor kata mesti diambil.

Candida diet ni ikut tahap masalah kesihatan badan kita. Ada orang seminggu ikut candida diet ni dah hilang simptom ada orang lebih lama lagi. Ikut pengalaman, tiah ada eczema kt tangan (yang gatal2 ada keluar biji berair kat tangan) mula hilang sejak ikut candida diet ni. Korang boleh try diet ni, insyaallah will share more about candida diet. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan