Ahad, 27 Disember 2020

9 kegunaan & kebaikan Cuka epal/apple cider vinegar (acv)

 

Banyak kegunaan & kebaikan acv ni untuk kesihatan dan kegiatan harian kita. Tia sendiri selalu minum acv pagi2 sebelum breakfast. 


1. Sebagai minuman kesihatan 

  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membantu detox hati
  • Membantu mengurangkan pedih ulu hati/heartburn 
  • Membantu tubuh melawan candida
2. Untuk muka 
  • Gunakan sebagai toner 
  • 1 camca acv ditambah 2 camca air
  • Membantu mengetat pori
  • Mengurangkan jerawat 
  • Toner semulajadi 
3. Untuk rambut
  • Campurkan 1 camca acv bersama 1 camca air. Gunakan selepas shampoo. 
  • Rambut akan nampak berkilau dan lembut
4. Meredakan pedih sunburn 
  • Tuangkan 1 cawan acv ke dalam tub mandi dan rendamlah badan yang terkena sunburn. Selepas mandi, lumurkan badan dengan coconut oil/minyak kelapa untuk melegakan pedih sunburn. 
5. Untuk sanitasi
  • Campurkan 1/2 cawan acv bersama 1 cawan air ke dalam botol spray. 
  • Gunakan sebagai pembersih permukaan meja, kerusi atau mainan anak. 
  • Acv mempunyai sifat antibacterial. 

6. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan

  • Campurkan 1 cwn acv bersama 1 cawan air ke dalam botol spray dan semburkan ke tempat yang berbau. Boleh juga tambahkan bersama essential oil pilihan. 
7. Untuk binatang perliharaan
  • Campurkan 1/4 cwn acv bersama 3/4 cwn air ke dalam botol spray dan semburkan pada bulu binatang peliharaan uols supaya tak dihinggap kutu. Disamping tu dapat mencantikkan bulu binatang perliharaan uols. 
8. Untuk kegunaan luar rumah
  • Campurkan 1 cwn acv bersama 8 cwn air ke dalam botol spray dan semburkan pada rumput yang tumbuh kat celah simen rumah anda. 

9. Untuk membersih buah-buahan dan sayuran

  • Campurkan 4 camca acv bersama 1 gallon air ke dalam besen untuk rendam buah-buahan dan sayuran uols untuk elak pesticides dan bersihkan kotoran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan