- Anda berminat untuk berniaga tetapi tak tahu nak jual apa dan tiada modal.
- Anda ada modal tetapi takut rugi.
- Anda ada ramai pengikut di laman sosial.
- Anda mempunyai blog dan minat blogging.
- Anda seorang suri rumah mahupun pelajar atau pekerja yang ingin mencari pendapatan sampingan.
Apa itu dropship?
Dropship ialah seorang agen yang mempromosi barangan atau produk pembekal (supplier) di blog atau laman sosial dengan atau tanpa modal.
Kelebihan menjadi agen Dropship
1. Anda x perlu simpan stok. Kerja anda cuma mempromosi dengan memuat turun gambar dan description produk dari website/group telegram/group whatsapp dan kongsikan pada laman sosial anda. Anda juga perlu 'markup' harga sendiri.
Contoh :
Harga normal pembekal RM15
Harga agen pembekal RM10
Harga anda markup sendiri RM20
#untung/pendapatan RM10
(harga mark up bergantung kepada anda nak jual berapa asalkan tinggi dari harga agen kerana RM10 itu lah pendapatan anda)
Setelah pembeli membuat pembayaran kepada anda, anda cuma perlu bayar pembekal harga RM10 dan jangan lupa untuk memberi maklumat pembeli (nama, alamat dan no hp) kepada pembekal. Pembekal akan mengepos produk kepada pembeli dan meletakkan alamat anda pada ruangan pengirim. Anda juga harus meminta no tracking barangan tersebut untuk rujukan anda dan pembeli.
2. Bisnes dropship mempunyai risiko yang rendah. Jika anda ada modal dan tanpa ilmu dan pengalaman anda terus membeli stok produk/barangan yang anda tidak tahu akan memenuhi kehendak pembeli atau tidak. Itu akan merugikan anda. Menjadi agen dropship juga, tidak memerlukan modal yang tinggi untuk pendaftaran dan ada juga pembekal yang memberi pendaftaran secara percuma.
3. Menjadi agen dropship boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa. Anda bebas bekerja bila-bila masa yang anda suka. Bisnes dropship juga bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja mahupun lelaki dan perempuan. Anda juga bebas memilih produk atau barangan yang anda berminat untuk dipromosi.
4. Bisnes dropship juga bagus untuk anda belajar mengenai selok belok perniagaan seperti cara melayan kehendak pembeli, mengetahui barangan yang laku dijual atau tidak, cara mengira dan merekod keuntungan/pendapatan anda sebelum anda memulakan perniagaan sendiri. Di samping itu, dengan pendapatan yang anda dapat, anda boleh kumpul untuk mengambil barangan anda sendiri dan memulakan perniagaan sendiri.
5. Anda dapat beli barangan dari pembekal dengan harga agen.
Kekurangan menjadi agen Dropship
1. Salah pilih pembekal. Anda harus memastikan pembekal tersebut berniaga secara sah dan bukannya penipu.
Contoh: anda telah mendapat bayaran dari pembeli dan anda terus membuat pembayaran kepada pembekal namun pembekal lesap dan barangan juga tidak dihantar kepada pembeli. Selepas itu, pembeli pula menuduh anda menipu.
Jadi kesimpulan nya, anda harus pandai mencari dan selidik pembekal yang anda pilih untuk berurus niaga.
2. Anda tidak tahu kualiti barang kerana anda tidak menyimpan stok.
Namun demikian, setiap perniagaan mempunyai risiko yang tersendiri tetapi dalam bisnes dropship ini risiko nya rendah. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih bisnes dropship sebagai pendapatan sampingan.
Contoh senarai pembekal
Di bawah ini adalah senarai pembekal yang tia percaya dan tia sendiri juga adalah salah seorang agen kepada semua pembekal di bawah. Harap maklum untuk menjadi dropship dibawah (selain Whizet) mungkin akan dikenakan pembayaran dalam Rm10~Rm50 atau percuma. Tia dah sertakan contact number untuk maklumat lebih lanjut.
1. Whizet
Whizet adalah satu website yang mempunyai banyak pilihan pembekal yang anda boleh pilih dari pakaian hingga ke barangan kecantikan. Pembekal-pembekal whizet berdaftar dengan SSM. Anda boleh memilih pembekal tempatan atau luar negara.
Dapatkan bonus rm25 apabila anda mengeluarkan modal (top up) serendah Rm250~Rm8000 (mengikut pakej dari Whizet) untuk menjadi agen dropship. Semakin banyak anda top up semakin banyak diskaun harga agen anda. Pendaftaran adalah percuma.
Contoh: Jika pembeli anda sudah membuat pembayaran kepada anda. Anda perlu membuat pesanan di website Whizet dan letakkan maklumat pembeli. Selepas itu, anda membuat pembayaran dengan menolak dari modal yang anda 'top up' sebelum ini. Berminat untuk jadi dropship whizet. Pastikan anda tekan link utk mendapat bonus Rm25. Tekan sini
2. Delinadora
Delinadora adalah pembekal wallet, handbag jenama Cath Kidston (inspire)
Instagram: https://www.instagram.com/delinadora
WhatsApp:Wa.me/60196292408
3. Baju borong & handbagwholesale.com
Menjual handbag Jessica Minkoff dan pakaian muslimah
Shopee profile: https://shopee.com.my/bajuborong
Website: Www.handbagwholesale.my
Telegram: t.me/bajulelongmurah
4. Purple borong kosmetik & handbag
Menjual fashion handbag dan barangan make up inpired seperti huda beauty, kkw, Kylie dan sebagainya
Fb: www.facebook.com/purpleborongkosmetik
Telegram: T.me/purpleborongkosmetik
Pembekal-pembekal yang lain anda boleh cari di facebook dan instagram dengan menggunakan hashtag #dropship. Anda juga boleh menjadi dropship pembekal dari Shopee dengan pendaftaran percuma.
Diharap dengan perkongsian ini membantu anda dalam mencari pendapatan sampingan atau tetap. Jika anda suka, silakan share & follow blog saya & jika ingin bertanya soalan, tinggalkan komen dibawah. Insyaallah saya jawab mengikut pengetahuan dan pengalaman saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan