Karipap ni kulitnya rangup, inti nya sedap tambah lagi kalau letak cheese slice dan daging kisar. Macam ala2 western gitu. X pernah dibuat orang tapi uolls wajib cuba memang tak nyesal letak cheese. Resepi ni antara idea jualan sesuai untuk mak2 yang nak berniaga.
Karipap frozen
~untuk minum petang bersama family pun bolehh
Anggaran: 30 biji
Bahan inti kentang simple(main agak je)
6 biji kentang dipotong dadu
Sedikit daging kisar/hirisan ayam/sardin
Bawang putih ditumbuk
Bawang merah ditumbuk
Cili api (kalau nak pedas)
Serbuk kari daging dibancuh dengan air sedikit
Air sedikit
Serbuk perasa/msg
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.
Dah wangi, masukkan bancuhan kari. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan daging kisar/ayam cincang. Gaul seketika.
Masukkan kentang dan air sedikit untuk lembutkan kentang. (Bila dh lembut sikit boleh la letak cheese kalau nak laa)
Perasakan dengan garam dan msg. Boleh juga letak gula sedikit.
Masak hingga kentang lembut dan kuahnya kering sedikit.
Nota: nak special sikit boleh letak cheese slice ke dalam masakan. Masak hingga cheese tu cair. Tia dah try padan dengan daging kisar memang sedap.
Bahan doh
500g tepung gandum
170ml minyak
250ml air ais/sejuk
1 sudu teh garam
*1 biji limau kasturi (optional) tya x letak pun sebab tia x jual frozen
Cara-cara
Masuk tepung ke dalam mangkuk.
Panaskan minyak biar betul2 panas.
Tuangkan minyak panas tadi ke dalam mangkuk tepung. Ini petua supaya kulit karipap rangup tau. Jangan derhaka.. 🤭
Gaul guna spatula sampai adunan jadi seperti serbuk roti.
Masukkan garam.
Tuang air ais sedikit demi sedikit sambil uli sampai jadi doh.
Perah limau kasturi. (optional)
Biar sedikit keras dan tak lekat pada tangan.
Balut adunan dengan cling wrap. Perap 15 minit supaya doh jadi lembut dan elastik.
Doh dah boleh digelek dan diletak inti guna acuan karipap.
Untuk makan sendiri, bolehlah digoreng dengan minyak panas sampai kekuningan.
Cara-cara frozen
Selepas semua dah digelek, letak inti dan guna acuan karipap. Bolehlah digoreng sebentar agar tak lekat satu sama lain. Letak dalam beg plastik makanan. Sejukkan dalam freezer. Cara lain pulak, boleh letak karipap dalam container besar selangseli kan dengan plastik makanan agar karipap x melekat. Karipap frozen ni tahan 3 bulan.
1xbet korean online sports betting, live - legalbet.co.kr
BalasPadam1xbet korean online sports 인카지노 betting, live 메리트 카지노 쿠폰 betting, best odds and 1xbet bonuses for Bet with us!