Sabtu, 26 Disember 2020

Kek coklat kukus topping coklat leleh

 Kek ni sesuai untuk mak2 yang nak berniaga. Kek ni memang moist dan lembut. Tia pernah jual kek coklat ni tanpa topping pun laku. Tia potong siap2 kek dan letak dalam bekas plastik dan curah topping diatasnya. Cubala.. 😘

Kek coklat kukus

Bahan A

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak masak

1 cawan gula


Bahan B

11/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat


Bahan C

3 biji telur diblender/dipukul hingga berbuih


Cara-cara

Campurkan bahan A dalam periuk (milk pot). Panaskan sebentar dengan api perlahan. Angkat dari api. Masukkan bahan B & C ke dalam A. Gaul sebati. Tapiskan ke dalam loyang yang sudah letak kertas minyak supaya adunan x berketul. Boleh juga letak dalam bekas plastik kecil utuk berniaga.


Sediakan periuk kukusan, pastikan mendidih baru letak adunan. Penutup kukusan haruslah dibungkus dengan kain supaya air wap x menitik atas kek. Kalau guna loyang, boleh letak aluminium foil untuk tutup loyang.


Kukus dalam 1 jam atau sehingga masak. Ikut ketebalan kek. Kukus guna api sederhana. Kalau nak tahu kek dah masak ke x, Cucuk kan lidi pada kek dan lihat lidi. Kalau bersih, kek dah masak. Kalau ada kek yang melekat pada lidi tandanya belum masak.


Coklat cair untuk topping atas kek


Bahan

1/2 cawan serbuk koko

1 sudu makan minyak

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat


Cara-cara

Panaskan kesemua bahan atas api perlahan hingga likat.


Dah siap boleh la letak coklat cair atas kek tadi. Boleh hiaskan dengan chocolate chip atau chocolate rice.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan