Rabu, 11 Ogos 2010

Cuka banyak kegunaannya!

Cuka bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi amat sesuai digunakan dalam kegiatan harian/mingguan kita..

Membersih seterika

Campurkan cuka bersama baking soda dan bersihkan plate iron anda dan biarkan sebentar untuk beberapa minit. Lepas tu baru boleh bersihkan lagi dengan kain bersih.

Baju berbau rokok

Letakkan cuka ke dalam sebesen air panas. Gantung pakaian atas stim air panas bercampur cuka tadi. Biar semalam dengan tingkap terbuka.

Cermin rumah terkena cat?

Bersihkan dengan menggunakan cuka yang dicampur air suam dengan menggunakan kain.

Mop lantai

Apabila mengemop lantai, masukkan 8 sudu cuka kedalam segalon baldi air. Ia boleh membunuh kuman dekat lantai anda..

Stiker yang dibuang tidak mahu hilang

Letakkan sedikit cuka dengan kain yang bersih dan bersihkan.

Membersih termos air panas yang berbau.

Masukkan sedikit cuka kedalam termos dan goncangkan. Selepas itu, bersihkan dengan air.

Melembutkan berus cat yang keras.

Rendam berus cat kedalam cuka yang dicampur air panas, selepas itu bersihkan dengan air panas bersabun.

Telur yang direbus mudah pecah

Tambah 2 sudu besar kedalam periuk untuk merebus telur agar ia tidak mudah pecah.

Cuka boleh kurangkan lemak dalam badan!

Tambahkan cuka ke dalam masakan anda..

Rujukan tips

-Prima Magazine.Uk dan maklumat dari internet.

-Tia hanya berkongsi tips dengan kawan-kawan tetapi tidak akan bertanggung jawab jika tips-tips diatas tidak menjadi..

Baca juga Kebaikan apple cider vinegar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan