Apa itu eczema?
Eczema ialah gejala kulit gatal, kering, merekah, luka akibat digaru dan kemerah-merahan. Uolls mungkin menyedari gejala kemerahan ni ada pada siku, lutut, pergelangan tangan dan leher. Walaubagaimanapun, eczema boleh merebak di mana-mana anggota badan termasuk muka.
Nisbah gejala ini berlaku pada seorang daripada 5 kanak-kanak. Selalunya berlaku buat pertama kali kepada anak berumur 5 tahun dan ada sesetengah kes berlaku sebelum 6 bulan.
Sehingga kini, pihak perubatan pun tidak pasti apakah punca eczema. Eczema tidak dapat disembuhkan namun anda dapat mengawalnya. Berita baiknya, ezcema ni boleh hilang sendiri apabila anak anda meningkat remaja.
Penyebab ezcema muncul (flare-up)
- Sabun mandi dan produk penjagaan diri seperti lotion dan sabun pencuci pakaian.
- Pakaian synthetic / woollen.
- Alergi pada persekitaran seperti haiwan peliharaan dan debu.
- Alergi makanan seperti susu, telur, gandum, soya dan kacang.
- Persekitaran yang terlalu panas dan sejuk.
- Mungkin disebabkan anak tengah 'teething', selesema atau tidak cukup tidur.
Produk dan ubat yang tya pakai boleh merawat ezcema.
Yang paling penting dalam merawat eczema ialah sentiasa melembapkan kulit anak selepas mandi. Tak payah lap anak sampai kering, masa masih lembap2 tu terus pakaikan lotion.
1. Pigeon sakura baby milky lotion
Lotion ni hypoallergenic, no paraben, no sulphate, no coloring agents. Ph yang lembut untuk bayi. Bau pun wangi. Lotion ni memang bajet (500ml dlm RM20+) dan sesuai untuk mild eczema macam Ishaq.
Jangan guna aqueous cream, ini akan memedihkan kulit, menipiskan kulit dan membuat eczema makin teruk.
Pengalaman: Tya pernah gunakan aqueous cream kat kepala Ishaq sebab ada cradle cap. Doktor kia yang bagi ubat aqueous cream tu. Then, jadi makin teruk dan merah2. Pastu, tya stop dan letak baby oil dan sikat.. Lama2 hilang cradle cap tu..
2. Virgin Coconut oil/minyak kelapa dara
Tya lebih suka gunakan minyak kelapa dara ni sebab ianya bahan semulajadi dan minyak ni bersifat antifungal dan melembapkan kulit. Letak minyak ni lebih elok dari letak steroid.
3. Ezerra ointment
Ni yg tya gunakan sekarang. Ada 3 jenis, cream, cream plus dan ointment. Tya pilih ointment sebab formula dia lebih melembapkan dan berminyak. Cream sesuai kalau pakai sebelum tidur bersama dengan vaseline. Ezerra ni xda steroid jadi selamat dipakai untuk jangka masa lama.
3. Hydrocortisone ointment
Fungsi ubat ni merawat ruam gatal, mild eczema, sakit bengkak akibat gigitan serangga dan angular cheilitis. Ubat ini bersteroid dan tak sesuai untuk digunakan dalam jangka masa yang lama.
Pengalaman: tya dapat tahu eczema boleh dirawat guna ointment ni dari info ibu hamil kat fb. Ada pendapat positif dan negatif. Tapi tya fikir positif dan ikhtiar cuba. Lagipun menurut baby centre boleh juga guna corticosteroid cream untuk eczema tapi tak boleh pakai dalam jangka masa lama. Ini disebabkan, cream ni akan menyebabkan kulit nipis dan warna kulit x sekata. Disamping itu, boleh menyebabkan dos penggunaan steroid semakin tinggi. Tya letak sikit dan nipis je lepas letak lotion. Guna semasa eczema naik teruk sahaja. Lepas tu, tya akan sambung letak minyak kelapa dara.
P/s: Tya juga guna kan ubat ni untuk rawat angular cheilitis.
Perkara yang ibu bapa harus lakukan untuk mengelak simptom eczema muncul.
- Pastikan kuku anak sentiasa dipotong untuk mengelakkan anak mengaru kulit dan boleh menyebabkan luka. Luka pada eczema boleh menyebabkan jangkitan.
- Elakkan pakaian berkapas/woollen, gunakan pakaian cotton
- Tukar sabun mandi seperti sebamed, cetaphil, qv mengikut kesesuaian baby anda.
- Double bilas pakaian anak untuk menghilangkan sisa sabun pencuci pakaian.
- Pastikan bilik anda sentiasa sejuk, kerana bilik yang panas menyebabkan anak berpeluh sekaligus menyebabkan eczema naik.
- Jika bawa anak berenang, bilas badanya dengan air bersih dan pakaikan lotion.
- Jauhkan anak anda dari binatang peliharaan. Vacuum selalu rumah anda. Jika eczema semakin teruk, paling baik jangan pelihara binatang.
- Jaga makan untuk ibu yang menyusu. Elak makan telur, susu, kacang, gandum(gluten) dan soya.
Sumber: Baby Centre, Google, Info ibu hamil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan