Rabu, 7 Disember 2016

10 tips kecantikan menggunakan vaseline

vaseline/petroleum jelly nama yang tidak asing dalam produk kecantikan. Produk ni mudah didapati di kedai farmasi, kedai runcit, guardian dan watson. Produk ni wajib semua orang ada disebabkan banyak kelebihan nya dalam kehidupan seharian kita. Selain dari melembapkan bibir dan siku, vaseline juga boleh digunakan sebagai eye cream untuk melambatkan penampakan kedut bawah mata. Jadi, sebelum tidur korang rajin2 la letak vaseline bawah mata.

1. Urus anak rambut/flyaways: Cara mudah untuk uruskan anak rambut yang degil dengan menggunakan berus gigi lama, letak vaselin sedikit dan apply kat anak rambut.

2. Make up highlighter: Untuk menyerlahkan lagi make up korang ataupun untuk gantikan glow kit korang, calit je nipis2 kat tulang pipi korang.

3. Penanggal make up: Korang boleh gunakan vaseline untuk menanggalkan make up kalau takde baby oil atau pun make up remover. Guna cotton pad korang, letak sedikit vaseline pastu tanggalkan make up seperti biasa.

4. Lip balm: Untuk korang yang sukakan diy, korang boleh buat sendiri lip balm dengan menggunakan vaseline. Caranya, campurkan dengan sedikit minyak kelapa dara/virgin coconut oil. Cairkan dengan menggunakan kaedah "double boiler". (Letak campuran vaseline dalam mangkuk stainless steel atas mangkuk besar yang berisi air panas) dah cair, masukan ke dalam bekas kosmetik yang ada dijual kat diy, daiso, guardian & watson ataupun bekas lip balm yang lama. Letak dalam peti sejuk untuk keraskan. pastu dah boleh guna.

5. blackheads: Cara mudah nak hilangkan blackheads, korang campurkan vaseline dengan secubit serbuk kayu manis/cinnamon dan letakkan di tempat yang bermasalah dengan gerakan memutar, Biarkan 10-15 minit dan bilas.

6. Maskara semulajadi: Guna vaseline untuk lebatkan bulu mata disamping menyerlahkan bulu mata korang seperti memakai maskara,

7. Lip scrub: Calit nipis vaseline kat bibir pastu guna berus gigi korang dengan gerakan memutar dengan lembut untuk mengelakkan bibir yang kering dan pecah.

8. Wangian tahan lama: Calit nipis vaseline di pergelangan/nadi tangan dan bawah telinga sebelum mengunakkan wangian kesukaan korang supaya wangian tahan lama.

9. Elak pewarna rambut dan kuku dari terkena kulit: Calitkan vaseline kat hairline semasa mewarna rambut dan di sekeliling kuku bila mengecat atau menginai kuku untuk mengelak dari terkena kulit, supaya kalau terkena kulit senang nak lap.

10. Cuping telinga sensitif: Kalau cuping telinga korang sensitif, gatal2, merah2 disebabkan penggunaan earing. Korang letak sedikit vaseline kat hujung gelung earing korang pastu pakai macam biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan