Welcome to my blog! Harap content blog tia sedikit sebanyak membantu.. Follow, comment dan share kalau korang suka apa yg tia share ❤️
Rabu, 11 Ogos 2010
Legend of Cleopatra VII
Nama penuh: Cleopatra VII Thea Philopator
Menurut Wikipedia, dia dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (Marc Anthony). Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikan dirinya raru berani yang hampir menakluki seluruh dunia.
Julius Caesar dan Cleopatra VII
Ketika Julius Caesar (lelaki kuat dari Rom tiba ke pelabuhan Iskandariah(tempat lahir Cleopatra VII) untuk menuntut hutang dari ayahandanya. Ketika Caesar berlabuh, rusuhan Anti-Rom berlaku namun serangan itu tidak menakutkan Caesar. Cleopatra dan adiknya Ptolemy XIII diminta untuk menghadapnya. Cleopatra VII pula berharap untuk menguasai takhta tanpa adik lelakinya. Demi mengelakkan diri dari tentera adiknya, dia menyembunyikan diri dalam permaidani dan masuk berjumpa Caesar. Semasa itu, Caesar berumur 52 tahun dan Cleopatra VII pula berumur 21 tahun. Pada malam itu, Cleopatra VII berbincang bagaimana menewaskan adik lelakinya dan pada masa yang sama mereka menjadi sepasang kekasih. Pada esoknya, Caesar membuat perjanjian agar Cleopatra VII dan adiknya memerintah dengan aman. Namun beberapa minggu demikian, adiknya melancarkan perang saudara dan menyebabkan kematian dirinya sendiri. Dia lemas di Sungai Nil. maka, sekali lagi takhta dikembalikan kepada Cleopatra VII. Adiknya yang satu lagi Ptolemy XIV mesti dijadikan suami (disaran dalam undang-undang) dan memerintah bersama tetapi sebenarnya dia memerintah sendiri. Julius Caesar akhirnya meninggalkan Mesir dalam keadaan Cleopatra Vii yang mengandungkan anaknya. Dia dijemput oleh pembantu Caesar untuk ke Rom. Caesar menjemputnya tinggal di pinggir bandar. Tidak diketahui Caesar mengiktiraf itu adalah anaknya. Ada pendapat mengatakan bahawa Julius Caesar dan Cleopatra VII sedang merangka menggabungkan Mesir, Rom, Eropah dan Asia. Caesar dibunuh beramai-ramai oleh kumpulan berkomplot menunjuk perasaan.
Marc Anthony dan Cleopatra VII
Cleopatra VII menerima surat dari Marc Anthony untuk meminta bantuan Mesir untuk menawan Parthia (Iran). Walaubagaimanapun, Cleopatra membuat dia tertunggu-tunggu akan keputusannya dan setelah berminggu-minggu lamanya akhirnya Cleopatra VII ingin berjumpa dengan nya di Tarsus (Tenggara Turki). Dia disambut dengan meriah selama 4 hari. Setelah beberapa lama Marc Anthony di Tarsus, Cleopatra VII melahirkan anak kembarnya. Cleopatra VII juga memberikan duit,kapal dan tentera kepada Marc anthony. Walaubagaimanapun, Marc Anthony kalah. namun begitu, setelah bertahun dia berjaya menawan Armenia. Kebangkitan dan kemarahan Octavius (saudara Marc Anthony) menyebabkan Cleopatra VII menyembunyikan diri di dalam makamnya sendiri sehingga tersebar khabar yang menyatakan Cleopatra VII mangkat. Setelah mendengar khabar tersebut, marc Anthony menikam dirinya sendiri dan dibawa kepada Cleopatra VII dan mangkat di pangkuannya. Cleopatra VII yang tidak dapat menerima dia telah tewas ditangan Octavius telah membunuh diri dengan patukan ular tedung. Ada juga menyatakan yang Octavius yang membunuhnya. walaubagaimanapun, pendapat menyatakan ia masih satu penghormatan Octavius kepada Cleopatra VII kerana mati ditanah kelahiran dan leluhurnya(nenek moyangnya).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan