Hallo...ni 1st catatan tiah..tiah dapat tip-tip ni kebanyakannya dari pembacaan tiah dan tiah sekarang pun amalkannya!
Bagaimana mengurus duit anda dengan cara yang betul yang mungkin dapat mengubah hidup dan masa depan anda?
1. Mula menyimpan 10 peratus dari setiap pendapatan.
-Contoh:Gaji anda RM2000 x 10% = RM200 yang perlu anda simpan. Jangan pula menyimpan nya di bawah bantal atau di dompet sahaja simpan di saluran yang betul seperti Amanah Saham. Ia bukan sahaja dapat menyimpan duit anda malah ia dapat menggandakan duit anda dengan bonus hujung tahun.
2. Kawal perbelanjaan dan pastikan setiap yang dibelanja akan menghasilkan pendapatan yang sama.
3. Pastikan duit yang disimpan dilaburkan di dalam skim pelaburan yang membawa pulangan positif.
4. Pastikan pelaburan anda selamat dengan bertanya dengan yang pakar.
5. Pendapatan yang berterusan bermula dengan pemilikan harta seperti rumah.
6. Ambil insurans bagi memastikan pelaburan dan diri anda dilindungi.
7. Kemampuan yang sebenar menjadi kaya adalah datang dari diri.
8. Sebagai contoh cara yang betul. Gaji ada RM2000. Setelah ditolak bil utiliti, hutang, dan 10% untuk amanah saham, tinggal RM1000. Jadi RM1000 ini dibahagi kepada 4 minggu (1 bulan). Jadi hanya RM250 yang harus dikeluarkan dalam 1 minggu. Tidak lebih tidak kurang. Ini dapat mengelakkan diri anda dari POKAI!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan