Jumaat, 30 Julai 2010

Over the rainbow...


Penyanyi Dolly Parton pernah berkata,"Kalau anda inginkan pelangi, anda terpaksa menghadapi satu fenomena hujan yang gerimis dahulu". Maksud yang tiah ingin sampaikan..ayat Dolly Parton ada kena-mengena dengan inner life kita. Jadi tiah nak kongsi 4 perkara...

1. Hadapi gelombang itu. Samaada kita kehilangan kawan, pekerjaan atau berasa kekosongan/kehilangan, benarkan diri kita untuk merasai perbezaan level emosi dan belajar bersabar. Dengan setiap masa yang sentiasa berdetik, perkara itu akan berlalu dengan sendirinya.

2. Sentiasa menerima hakikat. "Kenapa saya?" Mungkin kita akan bertanya dengan diri kita sendiri. Sentiasa ingat bahawa semua yang kita ingin pasti akan ada akhirnya seperti matahari yang terbenam dan timbul setiap hari. Kuncinya ialah sentiasa berhati terbuka dan tidak putus harapan.

3. Sentiasa 'validate' perasaan kita sendiri. Sentiasa bercakap dengan kawan yang positif (yang pernah mengalami masalah yang sama malah lebih teruk dari kita). Cuma ingat motif nya disini, hanya ingin membuat perasaan anda itu lebih baik bukannya lebih teruk.

4. Setkan gol. Daripada kita cuba menjadikan diri kita lebih sempurna, lebih baik jika kita sentiasa berpuashati dengan apa yang kita telah lakukan itu adalah yang terbaik! Seperti menghadiahkan sesuatu untuk diri kita sendiri kerana telah mencapai sesuatu. Walaupun ia tidak dapat dibanggakan oleh orang lain, sekurang-kurang nya kita bangga dengan diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan