- Daun limau purut juga boleh
digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
- Ramas
beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
- Apabila
sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
- Di
samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
- Campurkan beberapa helai daun
rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi,
lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan
air bersih.
- Masukkan tiga sudu besar
serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air
teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati.
Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- Tumbuk sedikit arang sehingga
lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada
seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan
keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- Campurkan air asam jawa dan
santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau
bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut
akan berbau harum tanpa disyampu.
Setelah
selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan
pada rambut dengan berselawat tiga kali.
Ambil arang
dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan
ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
- Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
- Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
- Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan