Selasa, 13 Disember 2011

Tips bisnes

Sebelum memulakan bisnes sendiri,
  • Dinasihat menjaga kewangan peribadi mulai sekarang.  Masa sekarang, individu2 yang mempunyai rekod kewangan bersih sahaja yang dapat memulakan bisnes dengan bantuan institusi kewangan.
  • Kos pendidikan dalam negara ini masih murah.  Ibubapa bangsa Melayu yang mempunyai pendapat RM3000 sebulan sebaiknya membeli polisi insurans bagi anak2 mereka sejak baru lahir.
 Prinsip2 am kejayaan dalam perniagaan
  1.  Mempunyai bakat berniaga dan dorongan yang kuat mahu berdikari
  2. Mempunyai rekod peribadi yang bersih daripada sudut kredibiliti, terutama sekali sentiasa berkata benar.
  3. Mempunyai produk ataupun perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah orang yang memerlukannya.
  4. Ada sumber modal milik peribadi bagi membiayai perniagaan sekurang-kurangnya selama 12 bulan pertama.
Tip-tip lain,

  • Baru 1st time bisnes, sebaiknya berniaga sendiri dahulu dan mendaftarkan syarikat sebagai sebuah Enterprise sahaja, bukan Syarikat Sendirian Berhad tetapi jika ingin mendapatkan pinjaman daripada bank dan mendapatkan kontrak kerajaan, saudara perlu Syarikat Sendirian Berhad.
  • Memuaskan hati pelanggan adalah prinsip penting perniagaan.
  • Apabila saudara berniaga, ada 2 perkara berbeza
  1. Apakah perniagaan saudara?
  2. Apakah produk saudara?
Cth: Perniagaan adalah restoran, produk adalah masakan ala kampung.


Tiah love Bisnes Berdagang (Trading)


  • Dalam trading, kita berniaga walaupun kita tidak mempunyai produk.
  • Cth: kita beli karipap orang lain dan kita jual karipap itu.
  • Trading adalah asas apa jua jenis bisnes.
  • Kelebihan2 bisnes trading:
  1. Tidak memerlukan modal besar.  Dapat beli mengikut kuantiti yang mampu.  Boleh mula dengan modal sekitar RM2000 sahaja.
  2. Boleh buat secara part time sebelum meletak jawatan.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan